KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "

Monday, February 22, 2010

RUMAH KESUMA 2010

Pada tahun ini ditambah lagi satu rumah dan menjadikan kesuluruhannya berjumlah lima rumah bagi KESUMA 2010. rumah tersebut adalah :

1. Rumah Abdul Rahman ( Kuning )
2. Rumah Abdul Razak ( Hijau )

3. Rumah Hussein ( Biru )



4. Rumah Mahathir ( Merah )

5. Rumah Abdullah ( Putih )

JADUAL KESUMA 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KESUMA 2010

Bilik Penerbitan SMS Muzaffar Syah, 23 Febuari 2010: Hari ke tiga berada di MOZAC telah membawa kata sepakat berkenaan pengelolaan KESUMA 2010. KESUMA 2010 akan berlangsung pada 27/3/2010 hingga 30/3/2010 selama 4 hari bermula pada hari sabtu dan berakhir pada hari selasa. Kehadiran Cik Zakiah dan Jurulatih Utama telah merancang aktiviti yang mantap sepanjang tempoh KESUMA 2010. Pihak Pengelola berterima kasih kepada Cik Zakiah dan Jurulatih Utama kerana dapat meluangkan masa membantu pihak pengelola.

Sunday, February 21, 2010

Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah, 22 Febuari 2010: Mesyuarat penyelarasan Program OUTREACH bersama sekolah-sekolah yang terlibat. Pihak pengelola dengan dibantu oleh Jurulatih Utama memberi penjelasan kepada sekolah-sekolah terlibat bagaimana Program OUTREACH dijalankan di peringkat SBP. Wakil dari PPD juga turut hadir dalam mesyuarat ini. Pihak pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah yang terlibat kerana memberi peluang dan kerjasama dalam menjayakan program OUTREACH.

Sekolah yang terlibat dalam Program OUTREACH KESUMA 2010

1. Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, Batu Berendam
2. Sekolam Tinggi Perempuan Melaka, Durian Daun
3. SMK (A) Sultan Mohamad, Batu Berendam
4. SMK (A) Sharipah Rodzhiah, Telok Mas
5. SMK Telok Mas, Telok Mas
6. SMK Ayer Keroh, Ayer Keroh

MESYUARAT JAWATANKUASA KESUMA 2010

Cik Zakiah dan Cik Rosnah
Antara Jawatankuasa dan Jurulatih Utama yang menghadiri mesyuarat.

Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah, 22 Febuari 2010: Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa KESUMA 2010 telah di adakan dan dihadiri oleh Cik Zakiah serta Jurulatih utama KESUMA bertujuan untuk penyelarasan bidang tugas jawatan kuasa yang terlibat. Selain itu mesyuarat ini memberi peluang kepada pihak pengelola KESUMA untuk berkongsi pendapat dan pandangan berhubung pelaksanaan KESUMA 2010.Pihak pengelola beterima kasih di atas kehadiran Cik Zakiah dan Jurulatih Utama KESUMA dalam membantu pihak pengelola.

Senarai Sekolah KESUMA 2010



1. The Malay College Kuala kangsar
2. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
4. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
5. Kolej Islam Sultan Azlan Shah, Klang
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
7. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
8. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
9. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
10. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
11. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
12. SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping
13. SMS Teluk Intan
14. SMS Kuala Selangor
15. SMS Hulu Selangor
16. SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
17. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
18. SMS Tengku Abdullah, Raub
19. SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu
20. SMS Machang
21. SMS Pasir Puteh
22. SMS Johor, Kluang
23. SMS Muar
24. SMS Kota Tinggi
25. SMS Sultan Iskandar, Mersing
26. SMS Sultan Mohammad Jiwa, Sg Petani
27. SMS Pokok Sena
28. SMS Muzaffar Syah, Melaka
29. SMS Tuanku Jaafar, Kuala Pilah
30. SMS Seremban
31. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam
32. SMS Tuanku Syed Putra, Kangar
33. SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
34. SMS Dungun
35. SMS Kuala Terengganu
36. SMS Selangor, Cheras, Kuala Lumpur
37. SMS Seri Puteri, Kuala Lumpur
38. SMS Alam Shah, kuala Lumpur
39. SBPI Gopeng
40. SBPI Rawang
41. SBPI Sabak Bernam
42. SBPI Gombak
43. SBPI Temerloh
44. SBPI Pekan
45. SBPI Kuantan
46. SBPI Selandar
47. SBPI Jempol
48. SBPI Batu Rakit
49. SBPI Kubang Pasu
50. SMS Kubang Pasu
51. SMS Kepala Batas
52. SMS Bagan Datoh
53. SMS Rembau
54. SMS Kuching

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KESUMA 2010

Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah, 13 januari 2010 : Mesyuarat jawatankuasa induk kali pertama telah dihadiri oleh Cik Zakiah binti Shafie dan En Shafaruddin bin Ali selaku pegawai dari BPSBPK, KPM. En Baharuddin bin Burhan selaku pengetua dan pengerusi membuat kata aluan dan menyatakan kesedian pihak sekolah dalam mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kertas kerja KESUMA 2010 dibentangkan oleh Cik Rosnah binti Osman dan pelbagai aspek dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya sumber kewangan, penglibatan peserta, program OUTREACH , jadual program dan sebagainya bertujuan untuk menjayakan KESUMA 2010. Pada mulanya tarikh untuk melaksanakan KESUMA 2010 telah ditetapkan pada mesyuarat ini. Walaubagaimanapun terpaksa ditunda disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ditangguhkan dan akan berjumpa semula pada 22 Febuari 2010 di Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah.

SALAM PENGENALAN

SALAM PENGENALAN DARI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA MOZAC. MOZAC TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH KESUMA 2010. SELAKU PENGELOLA KESUMA KEBANGSAAN 2010 MOZAC TELAH MEMBINA BLOG INI BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN SEMUA SEKOLAH YANG TERLIBAT MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI DAN MENGETAHUI PERKEMBANGAN SEMASA DENGAN LEBIH CEPAT. SELAIN ITU, PELAWAT YANG MELAWAT BLOG DAPAT MEMUAT TURUN FAIL BERKENAAN KESUMA 2010 MELALUI PAUTAN TERUS KE http://www.4shared.com/. PIHAK PENTADBIRAN BLOG SENTIASA MEMERLU PENDAPAT DARI PELAWAT UNTUK MENAMBAH BAIK BLOG INI. SALAM DARI MOZAC.