KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "

Sunday, February 21, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KESUMA 2010

Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah, 13 januari 2010 : Mesyuarat jawatankuasa induk kali pertama telah dihadiri oleh Cik Zakiah binti Shafie dan En Shafaruddin bin Ali selaku pegawai dari BPSBPK, KPM. En Baharuddin bin Burhan selaku pengetua dan pengerusi membuat kata aluan dan menyatakan kesedian pihak sekolah dalam mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kertas kerja KESUMA 2010 dibentangkan oleh Cik Rosnah binti Osman dan pelbagai aspek dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya sumber kewangan, penglibatan peserta, program OUTREACH , jadual program dan sebagainya bertujuan untuk menjayakan KESUMA 2010. Pada mulanya tarikh untuk melaksanakan KESUMA 2010 telah ditetapkan pada mesyuarat ini. Walaubagaimanapun terpaksa ditunda disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ditangguhkan dan akan berjumpa semula pada 22 Febuari 2010 di Bilik Gerakan SMS Muzaffar Syah.

No comments:

Post a Comment