Wednesday, March 31, 2010
KESUMA 2010 Melabuh Tirai
KESUMA MOZAC 2010 melabuh tirai selepas makan tengahari. Semua peserta bertolak balik ke sekolah masing masing pada pukul 2.30 petang bersama seribu kenangan. Pihak tuan rumah, MOZAC, mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan KESUMA 2010. Salah dan silap harap dimaafi.Selamat Jalan dan semoga berjumpa lagi di KESUMA 2011......
Kapal Dagang dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Kami Ucapkan Selamat Pulang
Di lain masa berjumpa lagi
Kapal Dagang dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Kami Ucapkan Selamat Pulang
Di lain masa berjumpa lagi
Wajah - Wajah Ceria KESUMA 2010
KESUMA 2010 adalah medan mengasah bakat kepimpinan pelajar dan tempat dimana persahabatan dan ukhuwah termetri. Kenangan indah bersama tersemat di hati......
Keputusan Penuh Anugerah Rumah KESUMA 2010
Rumah Terbaik Keseluruhan - Abdul Rahman
Peserta Lelaki Terbaik:
Abdul Rahman: Ahmad Akhmal Nasruddin
Abdul Razak: Muhammad Izzat Shakir Ishak
Hussein: Muhammad Abdul Muhaimin Mamat
Mahathir: Abang Afiq Abang Maha
Abdullah: Abdul Muaz Mustapha
Peserta Perempuan Terbaik:
Abdul Rahman: Nurul Nabilah Bahrom
Abdul Razak: Nur Shazlin Zahari
Hussein: Zaidatul Nawal Hamdi
Mahathir: Nur Anis Izzati Razain
Abdullah: Nurashikin Mohd Fauzi
Peserta Lelaki Terbaik Keseluruhan:Muhammad Izzat Shakir Ishak (Rumah Razak)
Peserta Perempuan Terbaik Keseluruhan:Nurashikin Mohd Fauzi (Rumah Abdullah)
Kamar Tebaik
Abdul Rahman: Abdul Rahman 3
Abdul Razak: Abdul Razak 6
Hussein: Hussein 6
Mahathir: Mahathir 6
Abdullah: Abdullah 6
Kamar Terbaik Keseluruhan: Abdul Razak
Sahsiah Terbaik:
Abdul Rahman: Abdul Rahman 6
Abdul Razak: Abdul Razak 3
Hussein: Hussein 3
Mahathir: Mahathir 2
Abdullah: Abdullah 3
Sahsiah Terbaik Keseluruhan: Abdul Rahman
Lagu Sorak
Johan: Abdul Razak
Naib Johan: Abdul Rahman
Peserta Lelaki Terbaik:
Abdul Rahman: Ahmad Akhmal Nasruddin
Abdul Razak: Muhammad Izzat Shakir Ishak
Hussein: Muhammad Abdul Muhaimin Mamat
Mahathir: Abang Afiq Abang Maha
Abdullah: Abdul Muaz Mustapha
Peserta Perempuan Terbaik:
Abdul Rahman: Nurul Nabilah Bahrom
Abdul Razak: Nur Shazlin Zahari
Hussein: Zaidatul Nawal Hamdi
Mahathir: Nur Anis Izzati Razain
Abdullah: Nurashikin Mohd Fauzi
Peserta Lelaki Terbaik Keseluruhan:Muhammad Izzat Shakir Ishak (Rumah Razak)
Peserta Perempuan Terbaik Keseluruhan:Nurashikin Mohd Fauzi (Rumah Abdullah)
Kamar Tebaik
Abdul Rahman: Abdul Rahman 3
Abdul Razak: Abdul Razak 6
Hussein: Hussein 6
Mahathir: Mahathir 6
Abdullah: Abdullah 6
Kamar Terbaik Keseluruhan: Abdul Razak
Sahsiah Terbaik:
Abdul Rahman: Abdul Rahman 6
Abdul Razak: Abdul Razak 3
Hussein: Hussein 3
Mahathir: Mahathir 2
Abdullah: Abdullah 3
Sahsiah Terbaik Keseluruhan: Abdul Rahman
Lagu Sorak
Johan: Abdul Razak
Naib Johan: Abdul Rahman
Majlis Perasmian Penutup
Majlis Perasmian Penutup KESUMA 2010 telah berlangsung di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Tetamu Kehormat iaitu Pn. Hjh Norlia binti Mohd Suhaili, Timbalan Pengarah BPSBPSK telah hadir bersama sama pengetua -pengetua SBP Zon Selatan yang lain. Persembahan Video KESUMA 2010 telah mengimbau kenangan peserta KESUMA akan aktiviti -aktiviti yang dijalankan selama 4 hari. Persembahan Lagu Sorak Rumah telah menghangatkan lagi suasana dan kemudian penyampaian sijil dan cenderamata serta hadiah telah disampaikan. Selesai jamuan tengahari, Pn. Hjh Norlia telah melawat Bilik R&D untuk menyaksikan aktiviti - aktiviti Kebitaraan MOZAC.
Tuesday, March 30, 2010
Apa kata Guru Pengiring KESUMA
Pn. Che Romas bt Noor(TKC)- Secara keseluruhannya KESUMA 2010 cemerlang. Syabas kepada MOZAC
Pn Rozita Zin (SMS Kuching) - Tahniah dan Syabas kpd MOZAC atas penganjuran KESUMA 2010. Semoga program ini akan dapat diteruskan utk masa akan datang dimana ia akan mengumpulkan semua KR & PKR seluruh Malaysia utk berkongsi pengalaman.
Pn. Noor Ayu Rahimun (SMS Pasir Putih) -Program KESUMA adalah program yang sangat penting dalam SBP kerana program sistem rumah merupakan program yang banyak membantu budaya di sesebuah SBP. Program KESUMA pada tahun ini sangat bagus dan tahniah diucapkan kepada tuan rumah iaitu MOZAC
Pn. Musalmah Abu Bakar(SMAPK) - Keseluruhannya bagus. Cadangan supaya hanya fasilitator sahaja terlibat untuk pemarkahan rumah dan tidak melibatkan guru rumah untuk memberi markah rumah - takut berat sebelah.
Monday, March 29, 2010
Pelan Tindakan, Rumusan & Penilaian
Pada hari ini 30 Mac 2010 ,satu lagi sesi iaitu Pelan Tindakan, Rumusan dan Penilaian telah dijalankan di dewan Sultan Muzaffar Syah. Para peserta diminta melaporkan pelan tindakan mereka mengikut empat kategori dalam Sistem Rumah Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh antaranya akademik, sahsiah, kokurikulum dan 3K.
Seramai 20 orang peserta diminta menyatakan pendapat mereka tentang pelan tindakan yang menunjukkan kebolehan mereka merancang sesuatu pgrogram.
Sesi ini mendapat sambutan positif daripada para peserta dan komen daripada jurulatih utama amat memberangsangkan.
Seramai 20 orang peserta diminta menyatakan pendapat mereka tentang pelan tindakan yang menunjukkan kebolehan mereka merancang sesuatu pgrogram.
Sesi ini mendapat sambutan positif daripada para peserta dan komen daripada jurulatih utama amat memberangsangkan.
Hari Ke 4: Apa kata Peserta KESUMA
Mohd Haiqal Hazwan Madzian(SMS Johor) - Program KESUMA sememangnya terarah dan pasti akan melahirkan pemimpin yang tuntas dan mantap khususnya dengan penganjuran pogram Leadership Outreach.
Dani Aizat Lokman(SM Sultan Abdul Halim)- Program KESUMA memberi banyak kenangan dan inspirasi kepada saya. Program ini telah banyak memberi input berfaedah dan dapat diaplikasi oleh saya sebagai pemimpin di sekolah. Aktiviti paling menyeronokkan ialah Leadership Outreach kerana ia memberi pengalaman yang bermakna kepada saya. Ia mengasah bakat kepimpinan saya dan menambah pengalaman saya.
Ahmad Aideed Mohd Shakri(SMS Kubang Pasu) - Secara Keseluruhannya, program KESUMA dapat mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang baik. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar. Program Leadership Outreach adalah paling menyeronokkan kerana ia membina keyakinan para pelajar.
Wan Mohammad Safiuddin Wan Mohd Sabree(SBPI Temerloh) - Saya cukup berpuas hati dengan pengurusan KESUMA 2010 di MOZAC kerana tiada masalah - masalah besar yang timbul. eramah Memperkasakan Pemimpin Global di SBP sangat menarik dan banyak memberi maklumat.
Hari Ke 3: Apa Kata Peserta KESUMA
Umi Sakinah bt Jaafar (SBPI Selandar) - KESUMA merupakan program yang sangat menarik. Ia telah melatih kami menjadi pemimpin berwibawa. Bagi saya aktiviti yang paling menarik ialah Leadership Outreach
Nur Fatihin Zulkifli (SBPI Kuantan) - Saya amat berbangga di beri kesempatan untuk menyertai kursus ini. Saya mendapat banyak input dan boleh dipraktikkan di sekolah. Aktiviti paling best ialah team building kerana dapat mengeratkan hubungan sesama kumpulan.
Nur Umira Muhd Jalike(SERATAS) - Aktiviti disini semuanya seronok. Byk perubahan & pengetahuan tentang cara memimpin telah saya perolehi dan saya berbangga terpilih sebagai peserta.Saya berharap KESUMA dapat diteruskan di masa hadapan. Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah Leadership Outreach & Team Building.
3 K Dewan Makan
Salah satu elemen yang diambil kira dalam KESUMA ialah 3K. Di dewan makan para peserta juga diberi markah untuk 3K. Para peserta telah mengaplikasikan amalan Makan Beradap dengan baik sekali dan Sempena KESUMA 2010, AJK Makanan telah menghias indah dewan makan untuk 5 buah rumah tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua.
Memperkasa Pemimpin Global di SBP
Managing People
Slot ini bermula jam 2.00 Petang hingga 4.00 Petang . Disampaikan oleh Pn Roslina Abd Aziz dari Sek Men Sains Rembau Negeri Sembilan. Beliau pernah berkhidmat di SM Sains Miri dan Kolej Tuanku Kursiah Seremban.
Rumusan Program Leadership Outreach
Program ini diadakan dibeberapa bilik . Melalui program ini pelajar berpeluang memperlihatkan kemahiran berkomunikasi mereka di samping dapat merancang dan menguruskan sesuatu projek dengan berkesan. Para peserta juga memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam pengurusan masa yang mana setiap kumpulan diberi tugasan untuk membimbing para pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.
Para peserta berjaya menunjukkan kepimpinan mereka melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti explorace, sesi motivasi, perbincangan mentor mentee dan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Di beberapa buah sekolah peserta program juga memperkenalkan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh dan tidak lupa ‘Sorak Rumah’ sebagai menaikkan semangat dalam kalangan rumah masing-masing.
Para peserta berjaya menunjukkan kepimpinan mereka melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti explorace, sesi motivasi, perbincangan mentor mentee dan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Di beberapa buah sekolah peserta program juga memperkenalkan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh dan tidak lupa ‘Sorak Rumah’ sebagai menaikkan semangat dalam kalangan rumah masing-masing.
Leadership Outreach
Program ini bermula jam 8.00 pagi di 6 buah sekolah sekitar Melaka . Program selama 2 jam ini telah dijalankan di SMK Ayer Keroh Melaka, SMK Munshi Abdullah , SMK Tinggi perempuan Melaka, SMK Telok Mas, SMK(A) Syarifah Rodziah dan SMK (A) Sultan Muhammad . Program ini bertujuan agar semua Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah mempraktikan apa yang telah dipelajari sebagai pemimpin pelajar dalam program KESUMA ini. Antara objektif program ini ialah:
1. Membina Kemahiran Berkomunikasi
2. Merancang dan Menguruskan Sesuatu Projek
3. Mengurus Personel
4. Mengurus Masa dengan Berkesan
5. Menyelesaikan Masalah dengan Bijaksana
1. Membina Kemahiran Berkomunikasi
2. Merancang dan Menguruskan Sesuatu Projek
3. Mengurus Personel
4. Mengurus Masa dengan Berkesan
5. Menyelesaikan Masalah dengan Bijaksana
Subscribe to:
Posts (Atom)