KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "

Friday, March 26, 2010

Ice breaking


Pada petang ini telah dijalankan aktiviti Ice Breaking yang bertempat di dua kawasan yang berlainan. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut rumah. Rumah Mahadthir dan Rumah Abdullah bertempat di dewan Sultan Muzaffar Syah sementara Rumah Abdul Rahman, Rumah Abdul Razak dan Rumah Hussein bertempat di gelanggang bola keranjang.
Objektif aktiviti Ice breaking ini dikelolakan oleh fasilitator ini dilihat mampu memupuk semangat kerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah dalam apa jua situasi yang dihadapi.Para peserta diberi tugasan dan dikehendaki menyelesaikan masalah dalam kumpulan masing-masing.Kumpulan yang gagal akan didenda.
Aktiviti yang berkonsepkan permainan ini berjaya membina keyakinan diri para peserta seterusnya mampu melahirkan bakal pemimpin yang berketrampilan.

No comments:

Post a Comment