KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "

Friday, March 26, 2010

Ucaptama & Taklimat



UCAPTAMA
OLEH TUAN HAJI MOHD KHOLIL BIN MOHAMAD
Timbalan penolong Pengarah,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan,
Bahagian Pengurusan Sekolah berasrama penuh dan Sekolah Kluster
Kementerian Pelajaran Malaysia

Ucaptama daripada Tuan Haji Mohd Kholil bin Mohamad dimulakan dengan amanat kepada 464 orang Ketua rumah dan penolong ketua rumah di dewan Sultan Muzaffar Syah, Sekolah menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh yang mengingatkan agar lagu ‘Warisan ‘ nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad dihayati kerana penyanyinya ialah ikon dan lagu beliau membakar semangat.
Beliau juga telah menarik perhatian warga dewan dengan ucapan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan berkesan perlulah mempunyai penampilan dan kewibawaan agar menjadi idola kepada orang lain. Pemimipin itu juga seharusnya dapat menyelesaikan masalah dengan bijaksana.
Kata-kata beliau tentang ‘pelajar membesarkan pelajar’ wajar diambil iktibar kerana melalui proram pengantarabangsaanlah SBP telah diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu hala tuju SBP, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kemampanan Sahsiah, Kejituan patritisme dan Kesejatan kepimpinan telah diberi penekanan oleh beliau.
Menurut Tuan haji Kholil, Keistimewaan sebagai pemimpin ialah mempunyai keupayaan menarik perhatian orang lain. Yang akhirnya nanti kehebatan seorang pemimpin terpancar bukan saja ketika di sekolah mahupun di luar sekolah.

No comments:

Post a Comment