KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "
Tuesday, March 9, 2010
NAMA GURU PENGIRING DAN FASILITATOR
SURAT MAKLUMAN GURU PENGIRING YANG TERLIBAT KEPADA SEKOLAH
SENARAI NAMA GURU PENGIRING YANG TELAH DIPILIH OLEH SBP UNTUK KESUMA 2010
JADUAL NAMA GURU YANG TERLIBAT SEPANJANG KESUMA 2010. NAMA GURU INI TELAH DIPILIH OLEH BAHAGIAN SBP UNTUK MENJADI GURU PENGIRING DAN FASILITATOR. HANYA GURU YANG TERLIBAT SAHAJA YANG PERLU HADIR KE KESUMA 2010. HARAP MAKLUM
Sistem Rumah sudah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) premier dan mula diwajibkan kepada seluruh SBP mulai tahun 2004. Ianya diperkenalkan oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, sebagai langkah proaktif bagi mencapai matlamat SBP dan merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Lagu Tema - Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan
cinta ini ...
Betapa Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku Bukanlah seorang perwira..
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Melahirkan perwatakan sekolah yang unik dan istimewa " school with charecter"
Membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Memperkasa jati diri murid, berketerampilan, berkeyakinan dan berdaya pimpin
Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid
Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan " sense of belonging " dengan menanam perasaan "menyayangi yang muda dan menghormati yang tua "
RASIONAL
Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan Sistem Rumah di Sekolah Berasrama Penuh. Untuk memastikan perlaksanaan sistem ini berkesan, murid-murid yang mengeetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa. untuk itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai Ketua Rumah agar mereka akan menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang
OBJEKTIF
Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Ketua Rumah di SBP
Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada Ketua Rumah di SBP
Mewujudkan kejelekitan yang "authentic" dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Rumah
Melaksanakan tugas dan peranan Ketua Rumah yang dimanahkan dengan penuh tanggungjawab
Melahirkan Ketua Rumah yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji
No comments:
Post a Comment