KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

"KETUA CEMERLANG, RUMAH GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG "

Monday, March 29, 2010

Hari Ke 4: Apa kata Peserta KESUMA



Mohd Haiqal Hazwan Madzian(SMS Johor) - Program KESUMA sememangnya terarah dan pasti akan melahirkan pemimpin yang tuntas dan mantap khususnya dengan penganjuran pogram Leadership Outreach.



Dani Aizat Lokman(SM Sultan Abdul Halim)- Program KESUMA memberi banyak kenangan dan inspirasi kepada saya. Program ini telah banyak memberi input berfaedah dan dapat diaplikasi oleh saya sebagai pemimpin di sekolah. Aktiviti paling menyeronokkan ialah Leadership Outreach kerana ia memberi pengalaman yang bermakna kepada saya. Ia mengasah bakat kepimpinan saya dan menambah pengalaman saya.



Ahmad Aideed Mohd Shakri(SMS Kubang Pasu) - Secara Keseluruhannya, program KESUMA dapat mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang baik. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar. Program Leadership Outreach adalah paling menyeronokkan kerana ia membina keyakinan para pelajar.



Wan Mohammad Safiuddin Wan Mohd Sabree(SBPI Temerloh) - Saya cukup berpuas hati dengan pengurusan KESUMA 2010 di MOZAC kerana tiada masalah - masalah besar yang timbul. eramah Memperkasakan Pemimpin Global di SBP sangat menarik dan banyak memberi maklumat.

No comments:

Post a Comment